~segalanya bermula bila tiada teman untuk berbicara~

Powered By Blogger

Isnin, 4 April 2011

memori dalam hati (Antara cinta dan dosa semalam)

"Sejak bila dan sampai bila masih aku tak sedari akan kehilanganmu. Walau sukar tapi bagi ku kau masih dalam ingatan ini dan setiap kali mata ku pejam hanya dirimu menemani mimpi2 indah. Bertahun tanpa pertemuan atau bicara sejak kali terakhir dalam perpisahan itu..dan tanpa alasan atau sebab yang ditinggalkan hanya sejarah dalam ingatan. P'ganti bukan satu perkataan,sesekali aku masih m'genggam kenangan kita. Belaian kasihmu masih hangat seperti pertemuan pertama dahulu hingga kadang kala aku terlupa akan sakit derita perpisahan yang kini sebenarnya hakikat yang hanya bagiku singgahan sementara yang melukakan ku. Wahai hati yang ingin benar diubati ingin benar rasanya jiwa ini dikongsi lagi. Setia tak lagi dimata dan curiga itu meresahkan jiwa yang cuba memberi ruang kedua untuk diri diajari memahami takdir yang dilalui kini. Masih aku ingat tentang semalam dan tentang dia juga cinta dia. Bahasa bagaimana lagi yang harus aku fahamkan tentang sakit semalam yang sukar difahami. Lupa diri atau aku yang salah mentafsir. Mahu memberi cinta pada insan yang hadir mengubati namun hanya kekecewaan menanti diselami dendam tanpa alasan. Mungkin dosa itu yang menyukarkan aku menilai erti kehidupan. semakin sakit dan semakin silap dalam mencari jawapan. Tawar air mata kasih dan hilang rasa hormat pada diri sendiri yang hanya tahu menyalahkan emosi dikuasai rendah diri dan memori. Bila pertaharuhan yang tak difahami membuat kita jauh dan kalah dalam melawan takdir aku yang dinamakan manusia terus lemas juga lemah dalam tangisan itu. Dilema adalah pertanyaan yang aku sendiri cuba beri jawapan untuk semangat yang telah hilang dan entah ke mana ia pergi. Namun rasa ego dan tercabar juga mungkin dendam yang aku tak pernah inginkan memakan diri sendiri. Kesilapan demi kesilapan atas emosi aku itu membuat aku kaku dan hanya mengikut langkah pergi. Akhirnya bila aku cuba mahu kembali seperti diri aku yang sebenar aku jadi malu bukan malu untuk berubah tapi malu dengan sikap diri yang hanya berfikir untuk membenci anugerah yang tuhan beri yang terindah iaitu Cinta. Tangisan mungkin tak mampu merubah lagi."
(Antara cinta dan dosa semalam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


klik bicara2